Followers

27 August 2013

KENAPE TANGAN, JARI, DAN KAKI SELALU SAKIT DAN KEBAS?? JAWAPANNYA CARPAL TUNNEL SYNDROME

Haaa mesti korang curious sangat kan?? Kenape la ekk??? Sebab nye saye pown menghidapi penyakit yang same.. Hihihi ayat tak bole blahh.. :D Setelah saye seharian menggodek pakcik makcik google ni, baru la aku tahu yang aku kene penyakit CTS iaitu Carpal Tunnel Syndrome!!!! Nak tahu ape kejadahnyee bahase saintifik tu???? Korang bace la ni.....   :)


                                                

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com .
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.


Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.
  • Dan banyak lagi boleh rujuk di sini.
Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.


Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.



*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.


Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.




 


Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

Haaaaa.... Jage-ii tau blogger tegar semua.. Takot turon saham lak nanti bile nak kawen.. Hahahaha..
Hair Extensions & Wigs
Post a Comment