Followers

27 August 2013

KENAPE TANGAN, JARI, DAN KAKI SELALU SAKIT DAN KEBAS?? JAWAPANNYA CARPAL TUNNEL SYNDROME

Haaa mesti korang curious sangat kan?? Kenape la ekk??? Sebab nye saye pown menghidapi penyakit yang same.. Hihihi ayat tak bole blahh.. :D Setelah saye seharian menggodek pakcik makcik google ni, baru la aku tahu yang aku kene penyakit CTS iaitu Carpal Tunnel Syndrome!!!! Nak tahu ape kejadahnyee bahase saintifik tu???? Korang bace la ni.....   :)


                                                

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com .
Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).

Carpal Tunnel Syndrome(CTS)

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?
Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.


Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
  • Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
  • Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
  • Faktor genetik.
  • Dan banyak lagi boleh rujuk di sini.
Kebanyakkan dari pengguna komputer tidak mengambil serius mengenai sindrom ini,namun adakah anda sedar sindrom adalah sangat merbahaya,jika tidak dimasa muda mungkin di hari tua kelak.Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.


Bagaimana mencegah penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?
  • Pilih tetikus yang sesuai dengan tangan anda dan tidak terlalu kecil yang menyebabkan hanya ibu jari dan kelingking yang digunakan.Tetikus yang sesuai anda gunakan ialah tetikus(mouse) yang mudah dipegang dan menyentuh seluruh permukaan telapak tangan.
  • Pegang tetikus dengan cara yang betul dan posisi tangan tidak tergantung di atas meja ketika memegang mouse(rujuk gambar).
  • Gunakan papan kekunci dengan betul.



*Posisi Kedudukan yang betul ketika menghadap komputer.Pastikan duduk dengan cara yang betul.


Sentiasa lakukan senaman tangan untuk mengelakkan penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.




 


Pesan saya,mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.Lakukan sentiasa pergelangan tangan untuk mengelakkan anda terkena penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini.

Haaaaa.... Jage-ii tau blogger tegar semua.. Takot turon saham lak nanti bile nak kawen.. Hahahaha..
Hair Extensions & Wigs

KEK CHOCOLATE MOIST SEDAP

Dah banyak kali buat kek ni so aku jadi jatuh cinta dengan chocolate moist ni.. Hahahaha.. 1st trial memang tak berape nak menjadi la.. Al maklum la Encik Suami baru belikan ovan baru.. Hihihi.. Lame gak aku cari resepi-ii yang the bomb untuk kek aku ni.. Sampai la aku jumpa resepi yang super duper sedap ni.. Tapi aku lupa sumber dari mane..So sorryyyyy...

Mehh tengok kek yang aku buat haritu.. Nampak lazat kan??? Yummyyyyyy!!!!!!


Ok sekarang aku nak share resepinye..

 KEK COKLAT MOIST LEMBAB

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak

Bahan B
2 cawan gula (kisar halus)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung

Bahan D
1 cawan air panas

Cara-caranya :

  • pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla.
  • kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah).
  • masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul.
  • akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati.
  • tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper.
  • bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer...
  • kemudian sejukkan sebelum dihias.
Bahan Krim Coklat :
1 cawan fresh cream
1/4 cawan ganache
- pukul fresh cream hingga softpeak, kemudian masukkan ganache kacau rata (boleh jugak pukul sedikit supaya sebati.

 Ganache :
400 gm fresh cream
400 gm dark chocolate (potong kecil atau guna yang coins)
40 gm butter
- masak fresh cream hingga keluar buih halus tepi periuk, kemudian masukkan butter.
- bila butter sudah cair masukkan dark chocolate kacau hingga coklat cair sempurna.
* kalau guna periuk vision selepas butter cair matikan api masukkan coklat sebab haba daripada periuk vision sudah memadai untuk cairkan coklat tersebut.
* sejukkan anggaran 2 cawan ganache(bila dah sejuk ia jadi kental macam krim)

-Kek dipotong menjadi tiga bahagian. Letakkan selapis kek atas redai, kemudian sapukan dengan ganache yang telah sejuk atas kek. Ambil lapisan yang kedua ulang langkah yang pertama tadi.
-Kemudian sapu keseluruhan kek dengan krim coklat. Simpan dalam peti sejuk hingga set (lebih kurang 30 minit)

-Letakkan kek atas redai tu atas takung..Seeloknya letak dalam keadaan senget supaya ganache tu dapat meleleh dengan smooth. Sambil tu pusing-pusing kedudukan kek tu supaya sekata ganache tu menutupi kek..

Dah siapppppp... Tapi kalau tak nak deco pun boleh.. Sebab aku tak reti sabar, aku makan macam tu aje.. Thanks pade kakak yang bagi resepi kek yang super duper sedap ni.. Hehe..

Selamat mencube blogger-ii semua.. :)


Xoxo